Bloom’s Digital Taxonomy


6 Fasa Taksonomi Digital Bloom
















































Post kali ini saya ingin kongsikan tentang Taksonomi Bloom yang wajib semua guru tahu teori dan praktisnya. Teori Taksonomi Bloom yang pernah dipelajari saya, terdapat 6 aras iaitu : Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Taksonomi Bloom ini digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran (kalau gunalah), serta selalu dikaitkan apabila guru membuat soalan ujian yang dimestikan menyediakan borang Jadual Spesifikasi Unit (JSU, kalau dibuatlah).


Tahukah guru-guru semua bahawa Taksonomi Bloom ini telah ditambah baik lagi selepas itu? Apa yang ditambah baik itu? Nah, di sini disenaraikan semula 6 aras yang telah di-'revise' : Mengingat (Remembering), Memahami (Understanding), Mengaplikasi (Applying), Menganalisis (Analysing), Menilai (Evaluating), Mencipta (Creating).

Mari kita fokus kepada salah satu Taksonomi Bloom yang menarik perhatianku; Taksonomi Digital Bloom (TDB). TDB telah ini disesuaikan dengan perkembangan dan penggunaan ICT pada masa kini. Banyak kata tugas berkaitan ICT ditambah dan disesuaikan untuk digunapakai guru.
Untuk kupasan lanjut serta kaedah mengajar berbantukan ICT ini, bolehlah diterokai di Educational Origami. Semoga bermanfaat dan dapat di perluaskan lagi. Guru-guru ICT diharap dapat menjadikannya salah satu kaedah pengajaran interaktif dan terkolaborasi.
 

No comments:

Post a Comment

Komen

Note: Only a member of this blog may post a comment.