Cadangan Bahan Kandungan Pamplet Latihan VLE

1Apr2013 : Kelas ICT 5 Zuhal (Online)

TAJUK HARI INI : 8 Prinsip Antara Muka (8 User Interface Principles)

Pelajaran Lepas : Kita dah belajar,
1) maksud multimedia
2) 5 elemen multimedia : (teks, grafik, audio, video, animasi)
3) 2 jenis interaktiviti dalam multimedia (linear dan tidak-linear)
4) 2 jenis media penghantaran (berasaskan web, berasaskan CD)
... harap masih ingat.

Pelajaran Hari Ini :
1. Tuliskan maksud antara muka pengguna dan fahami 2 contoh yang cikgu berikan di bawah.
2. Tuliskan semua 8 prinsip user interface yang dinyatakan dibawah beserta penerangannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

2 Kerja Kursus ICT : Template Written Assignment


Perhatian kepada pelajar 5 Zuhal ICT 2013, sesiapa yg belum menyelesaikan kerja kursus yang telah kita buat masa cuti sekolah seminggu ini, sila download fail ini dan selesaikan

Tunjuk pada saya nanti untuk diperiksa...

A. DOWNLOAD dari MEDIAFIRE.COM

1) Template Mobile Computing.docx
2) Template Open Sources.docx

Jika link diatas tidak dapat digunakan, sila cuba link berikut :

B. DOWNLOAD dari GOOGLE DRIVE CIKGU FARID
File > Download > Microsoft Word (docx)
1) Template Mobile Computing.docx
2) Template Open Sources.docx

** KEMASKINI (UPDATE) : Ada bahagian dalam template ini yang perlu diubahsuai mengikut cara yang ditunjukkan oleh guru dalam beberapa post yang diberikan nanti.

27Feb2013 : Kelas ICT 5Zuhal (Online)

BAB 4.0 : MULTIMEDIA
Sub Topik : 4.1 Konsep Multimedia

OBJEKTIF :
1) Mendefinisikan maksud multimedia
2) Mengenal pasti 5 elemen multimedia
3) Mengenal pasti penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang

AKTIVITI / TUGASAN :
1) Dapatkan maksud multimedia di Wikipedia disini
Tuliskan dalam buku nota kamu.

Cara Belajar ICT bersama cikgu

Antara kaedah dan tools yang cikgu mahu gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran subjek ICT. Klik gambar untuk zoom in

ICT Keynote* : Subjek ICT SPM

Salah satu slaid persembahan PowerPoint yang cikgu paparkan untuk murid 2 yg memilih subjek ICT di tingkatan 4. Penyediaan kandungan slaid ini disesuaikan juga dengan menggunakan konsep Peta Bulatan i-Think yang digalakkan kepada semua guru

Bloom’s Digital Taxonomy


6 Fasa Taksonomi Digital Bloom
















































Post kali ini saya ingin kongsikan tentang Taksonomi Bloom yang wajib semua guru tahu teori dan praktisnya. Teori Taksonomi Bloom yang pernah dipelajari saya, terdapat 6 aras iaitu : Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Taksonomi Bloom ini digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran (kalau gunalah), serta selalu dikaitkan apabila guru membuat soalan ujian yang dimestikan menyediakan borang Jadual Spesifikasi Unit (JSU, kalau dibuatlah).