1Apr2013 : Kelas ICT 5 Zuhal (Online)

TAJUK HARI INI : 8 Prinsip Antara Muka (8 User Interface Principles)

Pelajaran Lepas : Kita dah belajar,
1) maksud multimedia
2) 5 elemen multimedia : (teks, grafik, audio, video, animasi)
3) 2 jenis interaktiviti dalam multimedia (linear dan tidak-linear)
4) 2 jenis media penghantaran (berasaskan web, berasaskan CD)
... harap masih ingat.

Pelajaran Hari Ini :
1. Tuliskan maksud antara muka pengguna dan fahami 2 contoh yang cikgu berikan di bawah.
2. Tuliskan semua 8 prinsip user interface yang dinyatakan dibawah beserta penerangannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------



Maksud Antara Muka :
User interface is the way a computer programs communicates with the person who is using it.
Antara muka pengguna adalah cara bagaimana program dalam komputer berkomunikasi dengan seseorang yang menggunakannya.

* bila kita nak gunakan sesuatu program komputer tak kiralah emel ke, game angrybird ke, tengok video ke, dan lain2... semuanya ada paparan programnya yang khusus... paparan microsoft word (utk taip surat dll) tak sama dengan paparan windows media player (utk dengar lagu n tgk video)

Contoh :
1) Apabila Nazih (user) ingin mencari maklumat di Internet dia akan membuka laman web google.com.my di Mozilla Firefox (computer program). Maka Nazih akan nampak rupa bentuk (interface) laman web google.com.my itu. Maka, Nazihpun terus menaip maklumat yang nak dicarinya itu dengan menaip pada bahagian carian google.com.my

2)Naim (user) menyemak emel dalam Inbox akaun emelnya (computer program). Naim akan nampak antara muka emelnya  yang khusus. Antara muka emel akan memaparkan senarai tajuk emel2 terkini. (communicate)Naim hanya perlu tekan salah satu emel yang ingin dibacanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
8 Prinsip Antara Muka

1. Consistency / Konsisten
Consistency means the interface design is in harmony and the same applies to all screens in a software program.
Rekaan antara muka adalah secara harmoni dan digunakan sama pada semua skrin program itu.
Skrin 1

 Skrin 2

2. Clarity / Kejelasan
Clearness of labels on all icons to make the system easy to understand.
Kejelasan label-label pada semua ikon menjadikan sistem mudah difahami dan digunakan.
- Antara muka Microsoft Word melabelkan dengan jelas setiap fungsi button yang akan kita gunakan.

- Antara muka VLC Player untuk mendengar muzik dan video mempunyai icon Play, Stop, Pause Volume yang kita mudah faham bentuknya.

3. Context / Isi Kandungan
every part of the lesson should be relevant to a particular title and ideas presented need to relate to it.
Setiap bahagian isi kandungan perlu relevan/berkaian terhadap tajuk dan idea yang dibentangkan.

4. Navigation / Pandu-Arah
User can move around the menu, help files or other screens in a system.

5. Search / Carian
The system enables users to search keywords or glossary.

6. Personalisation / Pemperibadian
The user can make their own personal and individual learning.

7. Learnability / Kebolehbelajaran
The system provides support information and help files to make the system easy to understand.


8. Flexibility / Kelenturan
A user has the authority to navigate through all the sections without any limitations.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Rumusan Pelajaran Hari Ini :



1 comment:

  1. Dah baca kesemuanya tapi kurang faham la cikgu .

    ReplyDelete

Komen

Note: Only a member of this blog may post a comment.